myspace



myspace



myspace



.::what ever your pain,there'll alwayzz be sunshine after the rain.perhaps you may stumble,perhaps even fall,but Allah is alwayzz there to help you through it all~A.I::.
Free Web Layouts


Thursday, March 02, 2006
Huahahahah..Ajaran Sesat..

Assalamualaikum and salam to allz..

Seperti bese,aku memang tak gheti nak letak tajuk untuk entry-entry aku.Well,ari tu aku jumpa dengan kawan lama aku.Dorang kater aku makin brutal and samseng and masih still ngan image 'Ustazah Rock' aku.Sesedap jerr dorang meletakkan gelaran kat aku.Macam-macam gelaran.Mentang-mentang aku ni budak baik (pasan jerr lebeyy).Muka aku dah cacat sehh.Huahahaha...Aku konon-konon nak stim muka ngan Tam (Yan) ngan Uda (Atai).Tetiba stimmer tu meletup and nak disedapkan cerita,air panas dalam tu terpercik kat muka den.Omakkk..Pedih sehh.Tahan.Tau-tau rr aku.Buat apa nak tunjuk kesakitan kalau sekadar akan mengundang simpati dan persoalan orang lain?Aku ni menulis sumerr nie dari pengalaman.Sekarang pipi kanan aku lebam.Sumerr orang ingat aku gado and kene tumbuk.hahahahha..mentang-mentang aku memang spesis yang ske cari pasai...
    Semalam kumpul ngan geng-geng den.Terkeluar plak cerita pasal topik yang hangat diperkatakan sekarang.'Ajaran Sesat'.Memang hangat gilerr.Sampai kitorang macam nak gado dah.Mana taknyerr masing-masing ada pendapat sendiri dan nak menegakkan pendapat.Aku apa lagi.Well,kalau orang yang dah lama kenal aku mesti tahu perangai aku.Aku akan tegakkan apa yang aku katakan.Tapi kalau apa yang aku katakan salah dan ada orang tegur,aku redha.Aku suka orang yang menegur kesilapan aku.Smile
    Ermmm..Citerr pasal 'Ajaran Sesat' nih.Macam-macam ajaran ada.Black Metal,Kerajaan Langit,JIT,Ajaan Nordin Putih and banyak sehh.Well,timbulnya isu ajaran sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia ni bukanlah perkara baru.Ia mula  bergerak secara senyap-senyap semasa Islam mula bertapak di semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisma,dinamisma dan ajaran Hindu-Buddha.Bagaimanapun yang ketara adalah datangnya pengaruh Syiah melampau seperti Sabaiyyah,Kaysaniyyah dan oleh Syiah Ismailiyyah Batiniyyah juga aliran teosofi.
    Menurut sejarah bahawa ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada 1870-an di Kampung Seronok,Bayan Lepas,P.Pinang.Shocked
    Ajaran ini telah berkembang ke negara-negara lain seperti Kedah,Perak,Negeri Sembilan dll.Sementara di Kelantan wujudnya ajaran Subud yang disebarkan tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan malahan di negeri-negeri lain gak.Surprise
    Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan hingga akhir 1999 jumlahnya menjangkau lebih 100 ajaran yang diadukan ke Jabatn Agama seluruh Malaysia.Sehingga kini setiap negeri terdapat ajaran-ajaran sesat yang sebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.tak patuttt..tak patuttt...Angry
    Beberapa peristiwa menggugat ketenteraman dan ketenangan awam berlaku berikut ajaran sesat iaitu pada 19 Oktober 1974 4 Sahabat di Kampung Kedap,Rantau Panjang telah mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan.
    Pada 7 Julai 1979,Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia,Ipoh Haji Damanhuri bin Hj. Abd. Wahad,68 tahun.Manakala pada 19 Ogas tahun sama berlaku peristiwa di Kerling,Selangor telah mati terbunuh apabila mereka sedang melakukan pemecahan Kuil Hindu di Kerling,Selangor.
*Dipetik dari majalah Variasi~September 2005~*


Cehh..actually banyak agi tp memandangkan dah masuk Maghrib,aku nak cecepat g solat.Agama yang paling sempurna,paling mulia disisi Allah adalah Islam.Tanpa Islam,manusia akan sesat.Aku pohon kat sahabat-sahabat semua,kalau adalah kengkawan korang yang sesat,bawalah ke jalan yang lurus.Jangan nanti korang pon ikut sesat sekali.Simpang malaikat 44.
K lah.Aku nak solat and siap.Jap agi nak gi makan ngan K.Bilah.Jiha,kakak aku memerangkap roommate aku dah balik.So nak meraikan kebalikan dierr..opss..kepulangan dierr..
ok..Chow chin cau....
   

Posted at 07:09 pm by detectiveconan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

.::sOmethinG abOut mE::.
Free Web Layouts


Dilahirkan pada 21 Julai,mempunyai pelbagai hobi antaranya bermain skuasy,tenis,berkayak dan berbagai lagi.Gemar menghabiskan masa dengan membaca atau menonton bahan-bahan anime kerana begitu mengkagumi anime-anime Jepun.Gemar mencuba sesuatu yang baru dan sering ketawa dan sentiasa ceria,aktif dan lasak.

myspace

.::LoveSS::.
Free Web Layouts


.::My LoveLy Family::.
.::My chiLdren::.
.::Eat::.
.::Laugh and smiLee::.
.::Make many frenss::.
.::Cat::.
.::Milo and Nescafe::.

myspace

.::LoaThes::.
Free Web Layouts


.::Satan::.
.::Lelaki pakai barang perhiasan::.
.::Manusia perosak::.

myspace

.::maGic wOrdd::.
Free Web Layouts


kehidupan insan,
selalu diselimuti kehampaan,
keresahan,
dan kegelisahan,
kadangkala menderita kebingungan,
sehingga sukar mencari penawarnya,
hanya hati yang menginginkan,
kedamaian bermunajat
dan menyerahkan segala kehidupannya,
ketika mengerjakan SOLAT.
~A.I~

myspace


myspace



   





<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

myspace


saint st patrick's day 2006



myspace


.::Miss Ara::.
.::Sis Ina::.
.::Sis Bai::.
.::Miss Nurul::.
.::Cik risha::.
.::Miss Nana Tisu::.
.::Princess Bella::.
Mama Mass
.::Mr.Uncle::.
.::Mr.Spiral::.
.::The Lord Of Pak Cik Kailan::.
.::Queen Kiki::.


myspace


.::Teratak Anna Abadi::.
.::Kaybiz::.
.::Iceman Comunity::.
.::Telaga Biru::.
.::The Hadith::.
.::yeah!!play!!::.
.::funny one!!::.

myspace


C.I.N.T.A
Fahamkah kamu maksud sebenarnya?
Ramai yang kecundang akibat perkataan ini
Namun tidak kurang juga yang berjaya kerana perkataan ini
Jika kamu mencintai bunga
Sedarlah bahawa bunga itu akan layu
Jika kamu mencintai harta
Sedarlah bahawa kamu akan tinggalkannya
Jika kamu mencintai manusia
Sedarlah bahawa manusia itu akan 'pergi'
Cinta yang hakiki
Adalah cinta kepada ALLAH
Cinta yang kekal abadi


myspace





Sign my Guestbook from Bravenet.com
 Get your Free Guestbook from Bravenet.com



myspace




myspace




myspace


dOn'T cLick..yOu'll diE iF u cLick heRe!

myspace





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed